Saturday 1 December 2012

Buah Ciku



  • Pokok Ciku merupakan tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan.
  • Ciku banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur.
  • Ciku atau nama saintifiknya Manilkara zapota.
  • Pokok ciku merupakan tumbuhan tropika hijau yang boleh mencapai ketinggian di antara 10-30 meter.
  • Pokok ciku berbuah sepanjang tahun tetapi penghasilannya adalah tidak seragam.
  • Buah ciku pada amnya berbentuk bujur, dimana diameternya di antara 5-9 cm dan beratnya di antara 75-250 gm.
  • Faktor-faktor utama penentu gred dan jenis sesuatu buah ciku ialah bentuk, saiz, warna isi dan citarasanya.
  • Di Malaysia, varieti ciku yang boleh didapati ialah Jantung, Betawi, Pasir dan Subang.
  • Buah ciku pada amnya mengambil masa di antara 6-8 bulan dari tempoh berbunga untuk mencapai kematangan.
  • Buah ciku juga boleh dibuat jem, jus, kepingan ciku kering dan ditinkan dalam bentuk kepingan untuk membuat sherbet dan kandi.

Buah Rambai






  • Rambai (Baccaurea motleyana) ialah spesies pokok berbuah yang hidup meliar di bahagian Asia Tenggara dan ditanam untuk buahnya di Thailand dan Semenanjung Malaysia.

Buah Cempedak






  • Pokok Cempedak menghasilkan buah secara bermusim di mana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbedza dengan nangka di mana buahnya tidak bermusim. 
  • Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. 
  • Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya mengorak.
  • Buah Cempedak juga hampir sama dengan buah nangka di mana kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. 
  • Walaubagaimana pun buah Cempedak adalah lebih kecil dari buah Nangka.

Buah Nangka


  

  • Ia sangat sesuai dengan tanah rendah tropika.
  • Pokok Nangka merupakan pokok kayu berbuah terbesar di dunia, mencecah 80 pound (36 kg) dalam berat dan tingginya sehingga 36 inci (90 cm) panjang dan 20 inci (50 cm) dalam diameter.

Monday 26 November 2012

buah nenas


  • Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay.
  • Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. 
  • Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik  iaitu hanya masak di pokok. 
  • Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. 
  • Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

buah rambutan




  • Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. 
  • Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. 
  • Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika.