Monday 26 November 2012

buah nenas


  • Nanas (nama saintifik: Ananas comosus) ialah sejenis tumbuhan tropikal. Ia dalah tumbuhan asli berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay.
  • Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. 
  • Buah nanas tergolong dalam buah bukan klimakterik  iaitu hanya masak di pokok. 
  • Buahnya dikenali sebagai pineapple dalam bahasa Inggeris kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. 
  • Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik".

buah rambutan




  • Rambutan (nama botani: Nephelium Lappaceum L.) adalah sejenis pokok buah saka. 
  • Rambutan berasal dari selatan China, Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Sri Lanka. 
  • Ia kini banyak ditanam di Asia Tenggara dan sedikit di Sri Lanka, New Guinea, Australia, Amerika dan Afrika. 

buah manggis

Buah manggis

  • Manggis (Garcinia mangostana) adalah tumbuhan tropika malar hijau dan dipercayai berasal dari Asia Tenggara. 
  • Pokok manggis boleh tumbuh daripada 7 hingga 25 meter dan menghasilkan buah berwarna ungu pekat yang boleh dimakan. 
  • Buah manggis dikenali sebagai "ratu segala buah" sementara buah durian (Durio spp.) dikenali sebagai "raja segala buah".
  • Manggis antara tumbuhan yang lambat tumbuh dan tumbuhan tropika. Ia sensitif dan tidak mampu hidup pada suhu di bawah 40F atau lebih dari 100F, biji benih mati pada 45F.

buah durian

                 
                    BUAH DURIAN


  • Durian ialah spesies beberapa jenis tumbuhan dalam genus Durio yang menghasilkan buah beraroma kuat yang boleh dimakan.
  • Ia amat terkenal di Asia Tenggara di mana ia digelar "raja buah". 
  • Saiznya besar, baunya unik dan isinya dilindungi oleh kulit yang berserat dan berduri. 
  • Dari duri itulah ia mendapat namanya. 
  • Buah durian boleh membesar sehingga 30 sentimeter (12 inci) panjang dan 15 cm (6 in) diameter.
  • Lazimnya seberat satu hingga tiga kilogram (2 hingga 7 lb). 
  • Bentuknya berbeza daripada bujur hingga bulat, warna kulitnya daripada hijau hingga perang, dan isinya daripada kuning pucat hingga merah, bergantung kepada spesies.
  • Durian ialah buah tropikal yang berasal Berunai, Filipina, Malaysia, tetapi telah dikenali di dunia Barat sekitar 600 tahun.
  • Terdapat lebih 30 jenis spesies Durio yang diiktiraf, sekurang-kurangnya sembilan daripadanya menghasilkan buah yang boleh dimakan. Durio zibethinus merupakan satu-satunya spesies yang boleh diperolehi di pasaran antarabangsa: spesies lain hanya dijual untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun terdapat ratusan kultivar durian; banyak pelanggan sukakan kultivar tertentu, yang membuatkan harganya berbeza-beza di pasaran.

Sunday 25 November 2012

buah betik

                             
                           BUAH BETIK

  • Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di Asean.
  • Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan.
  • Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur.
  • Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.

buah pisang

                                 

PISANG

  • Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae.
  • Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. 
  • Di Malaysia, kultivar seperti pisang emas, pisang berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar.
  • Kultivar seperti pisang nangka, pisang raja, pisang lang, pisang relong, pisang tanduk, pisang nipah dan pisang awak  pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.
  • Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialkan.